SELAMAT HARI RAYA

Posted on Monday, September 14, 2009, under



edit post

Dapur Kelas Pendidikan Khas Berasap?

Posted on Saturday, September 12, 2009, under

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut Aidilfitri. Masing-masing sibuk menyiapkan persiapan hari raya,tidak ketinggalan juga bagi pelajar-pelajar pendidikan khas di SMK KETARI.

Mari kita lihat aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pelajar-pelajar berikut.










edit post

Final Match of Ramadan League : Second Half Prediction

Posted on Thursday, September 10, 2009, under

Assalamualaikum para penonton sekalian,

Tepat jam 12 malam 16 Ramadan 1430 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.

Untuk makluman saudara sekalian,

Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Syahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)


Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen IkutNafsu terutama ketika waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.

Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho dan Kolo TidoLajak. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti kedua-dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol-gol yang diperlukan.

Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.

Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.

Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.

Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.

Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini...

Sekian dari saya, Hizbullah Awang untuk anda yang masih termenung di luar sana.


********

Admin_ketari;
" Manfaatkan 10 minit terakhir (10 ramadhan akhir) ni dengan sebaiknya.
muhasabah ramadhan, moga takbir kita nanti takbir kemenangan hadiah mujahadah dibulan ramadhan.

gandakan usaha+doa+tawakal moga malam alQadr milik kita,aminpray"


edit post

SELAMAT BERPUASA

Posted on Thursday, September 10, 2009, under

Orang-orang yang berpuasa mendapat penghormatan di akhirat nanti. Mereka akan memasuki syurga melalui pintu khas yang dinamakan pintu Rayyan.
Ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :

"Syurga mempunyai lapan pintu, satu daripada pintu-pintunya dinamakan Pintu Rayyan, pintu ini tidak dimasuki kecuali oleh orang-orang yang berpuasa."
( Hadith Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim )



edit post

RIMUP

Posted on Tuesday, September 08, 2009, under

RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.


Objektif Rancangan
  • Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat,para guru dan murid serta warga sekolah dalam kegiatan khas secara bersama-sama.
  • Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang.
  • Melahirkan persefahaman dan tolenrasi antara murid pelbagai kaum di sekolah.
  • Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan khas secara bersama-sama.

Antara program RIMUP yang dijalankan di SMK KETARI


1. Susunan pelajar didalam kelas (pelbagai kaum)

2. Kerja berkumpulan

3. Sukan Tahunan

4. Aktiviti Kokurikulum dan lain-lain lagi.


Harapan agar Program RIMUP ini mencapai matlamatnya dan mendapat sokongan padu daripada semua pihak lebih-lebih lagi sekolah-sekolah yang terlibat. Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan serta orang perseorangan malahan PIBG juga boleh melibatkan diri dalam program seumpama ini. Semoga integrasi antara kaum dapat di padukan serta disatukan menjadi masyarakat Malaysia yang aman dan makmur.




edit post

Malaysians United for Road Safety

Posted on Saturday, September 05, 2009, under

Kelajuan tidak membunuh (speed does not kill). Yang membunuh adalah kejahilan mengenai kenderaan dan pemanduan.

NEGERI China. Sun Weiming, seorang eksekutif, dijatuhkan hukuman mati. Di Negeri itu, hukuman mati dijalankan dengan tembakan di kepala dari jarak dekat. Baru-baru ini kaedah suntikan racun diperkenalkan.

Kesalahan Sun Weiming adalah menyebabkan kematian empat orang ketika memandu dalam keadaan mabuk. Hanya ganti rugi dan pengampunan daripada keluarga mangsa boleh menyelamatkan nyawa beliau. Se perempat daripada 265,000 kemalangan jalan raya di Negeri China sepanjang tahun ini disebabkan oleh pemandu mabuk.


Malaysia lebih kecil daripada negeri China dan sama ada mabuk atau tidak, purata seramai 18 pengguna jalan raya maut setiap hari. Pada tahun 2007 sebanyak 393,319 kemalangan jalan raya dilaporkan, meningkat 72.2 peratus daripada tahun sebelumnya.

Pelbagai kempen dan operasi diadakan, tetapi nampaknya tahap kecekapan memandu dan tatatertib di jalan raya tidak bertambah baik.


Yang terakhir cuba membantu menjadikan jalan raya lebih selamat ada syarikat Plus Expressway Berhad (PLUS). Ia telah melancarkan inisiatif yang diberi nama Malaysians United for Road Safety atau Mufors.

Mufors mempelawa dan menggalakkan orang ramai dan pertubuhan menjadi rakan dalam usaha ini. Untuk tujuan itu, Plus telah membuka laman web http://www.090909.org.my/ bagi membolehkan orang ramai mengambil bahagian.

Salah satu program kempen ini adalah mendapatkan seramai mungkin membuat ikrar menyokong dan menghormati Hari Keselamatan Jalan Raya pada 9 September ini.

Dijemput warga SMK KETARI mengambil bahagian didalam ikrar 090909 ini,layari laman web ini tanda sokongan anda!!



edit post

Kebersihan, Keselamatan dan Kesihatan (3K)

Posted on Friday, September 04, 2009, under

DASAR 3K

1. Menerapakan budaya kerja berpasukan yang dapat membawa kepada amalan keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan di SMK KETARI.

2. Mengadakan perancangan yang dapat meningkatkan kualiti keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan di SMK KETARI.

3. Mewujudkan mekanisme yang dapat mempertinkatkan aspek-aspek keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan di SMK KETARI.

4. Sentiasa menilai aspek keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan untuk memastikan tahap peningkatannya di SMK KETARI.

5. Memupuk kerjasama diantara warga SMK KETARI dengan pihak luar dalam membentuk seubah masyarakat yang dapat mengamalkan nilai keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan sepanjang masa.

6. Menjaga keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan adalah amalan warga sekolah setiap hari.




edit post

SEJARAH RINGKAS SMK KETARI

Posted on Friday, September 04, 2009, under , ,

SEJARAH RINGKAS SMK KETARI

TAHUN

PERISTIWA

1962

Bermula pada tahun 1962 yang dinamakan sebagai Sekolah Lanjutan Bentong. Diwujudkan khas untuk murid-murid yang gagal peperiksaan Darjah Enam dan tidak layak ke Tingkatan 1. Sekolah Lanjutan ini menumpang sementara waktu di Catholic High School kerana bangunan sekolah belum didirikan. Kemudian berpindah ke bangunan baru Sekolah Menengah Sulaiman, Bentong pada 1964.

Terdapat lima orang guru dan 62 pelajar yang menjalankan sesi pembelajaran pada waktu petang. Pengetua sekolah yang pertama ialah Tuan Haji Ismail Bin Haji Ishak. Pelajar belajar selama dua tahun sebelum boleh menduduki peperiksaan awam iaitu Lower Certificate of Education (L.C.E).

1965

Pada tahun 1965, bangunan baru telah siap dan dibuka secara rasmi oleh YB Encik Mohamed Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu pada 19 Oktober 1966. Sekolah Lanjutan telah dimansuhkan dan lahirlah Sekolah Menengah (Rendah) Jenis Kebangsaan Ketari ( SMRJK Ketari ).

Ia terdiri daripada dua blok bangunan satu tingkat. Bangunan pertama digunakan sebagai pejabat sekolah, bilik pengetua dan bilik guru. Manakala bangunan blok A mengandungi 3 buah bilik darjah dan sebuah bilik kecil perpustakaan. Hanya menampung persekolahan pelajar sehingga ke Tingkatan 2. Kemudian dua lagi blok bangunan dua tingkat telah dibina iaitu Blok B yang digunakan sebagai bilik darjah, makmal sains, bilik masakan dan bilik jahitan manakala Blok C terdiri daripada 8 buah bilik darjah.

1970-an

Pada tahun 1970-an, SMRJK Ketari mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Sebuah gelanggang bola keranjang telah dibina pada tahun 1974. Namun demikian sepuluh tahun kemudian, tapak gelanggang tersebut telah digunakan untuk bengkel seni perusahaan untuk kerja-kerja pertukangan. Kemudian pihak sekolah telah berjaya mengusahakan pembinaan sebuah lagi gelanggang bola keranjang, bola tampar, Pendidikan Jasmani dan perhimpunan rasmi.

1975

Pada tahun 1975, buat pertama kali pelajar-pelajar boleh meneruskan pelajaran mereka sehingga ke Tingkatan 3 dan menduduki peperiksaan L.C.E.

1980-an

Pada tahun 1980-an, SMRJK Ketari terus mencapai tahap kegemilangannya dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Pengetua ketika itu Encik Raghupathy Naidu mencipta slogan “Gold for Gold” dan menjadi terkenal dikalangan masyarakat setempat sehingga ramai ibu bapa ingin menempatkan anak mereka belajar di sekolah ini.

1988

Pada tahun 1988, SMRJK Ketari bertukar nama kepada Sekolah Menengah Ketari. Bilangan pelajar semakin bertambah dan mengalami kekurangan bilik darjah untuk menampung peningkatan bilangan pelajar. Oleh itu, bangunan tambahan telah mula dibina pada tahun 1989 yang terdiri daripada 12 buah bilik darjah. Bilangan pelajar terus meningkat sehingga sekolah terpaksa mengadakan dua sesi persekolahan pada sesi akademik 1993/1994 iaitu sesi pagi untuk murid-murid Tingkatan 2, 3, dan 4. Sesi petang adalah untuk murid-murid Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1.

1994

Mulai tahun 1994, Sekolah Menengah Ketari memasuki era baru iaitu bermulanya kelas menengah atas. Murid-murid boleh meneruskan persekolahannya sehingga ke Tingkatan 5 dalam aliran Sastera. Bilangan murid telah meningkat kepada 924 orng dan bilangan guru berjumlah 49 orang termasuk 13 orang guru siswazah serta 9 orang staf sokongan.

1997

Pada tahun 1997, Sekolah Menengah Ketari dinamakan semula sebagai Sekolah Menengah Kebangsaab Ketari. Pada tahun berikutnya, ia telah ditingkatkan kepada sekolah Gred A. Banyak perubahan fizikal telah dibuat seperti pembinaan dua lagi blok bangunan baru untuk digunakan sebagai bilik darjah, bilik guru, makmal serta bengkel kemahiran hidup.

1999

Pada tahun 1999 sekolah ini telah memulakan sebuah kelas Pendidikan Khas yang terdiri daripada 8 orang pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dibawah bimbingan seorang guru Pendidikan Khas yang dihantar ke sekolah ini. Kelas aliran Sains Tingkatan 4 juga dibuka untuk menawarkan mata pelajaran sains tulen.

2000

Mulai tahun 2000, SMK Ketari telah memulakan kelas Tingkatan 6 aliran Kemanusiaan yang bermula pada bulan Februari.


SENARAI PENGETUA SMK KETARI

BIL

TAHUN BERKHIDMAT

NAMA PENGETUA

1.

1962-1969

TN. HJ. ISMAIL BIN HJ ISHAK

2.

1969-1980

EN.LOW KUM WHYE

3.

1980-1986

EN.G.RAGHUPATHY

4.

1986-1987

TN.HJ.ABD.JABAR BIN IMAM DALI

5.

1987-1992

EN.MOHD TAJUDDIN BIN GENDUT

6.

19993-1995

PN.HJH MAHANI BT. MOHD HASSAN

7.

1995-1996

TN.HJ. ABD.WAHAB BIN SUDIN

8.

1995-1996

TN.HJ OTHMAN BIN RAMLI

9.

1996-1998

EN. ABDUL RAHMAN BIN HALIB

10.

APR 1998-JUN 2000

TN.HJ.DAUD BIN TALIB

11.

OGOS 2000-JAN 2008

PN.HINDON BT. MOHD A.A.P

12.

1 APR 2008-SEHINGGA KINI

EN.LOH SAI HENG


edit post

GUESTBOOK SMK KETARI

Posted on Tuesday, September 01, 2009, under

Selamat Datang ke blog rasmi SMK KETARI.Di harap anda dapat meninggalkan maklumat/pesanan anda di sini.Sekali lagi terima kasih melayari blog ini.Cadangan dan kritikan sangat di hargai :)





edit post