Malaysians United for Road Safety

Posted on Saturday, September 05, 2009, under

Kelajuan tidak membunuh (speed does not kill). Yang membunuh adalah kejahilan mengenai kenderaan dan pemanduan.

NEGERI China. Sun Weiming, seorang eksekutif, dijatuhkan hukuman mati. Di Negeri itu, hukuman mati dijalankan dengan tembakan di kepala dari jarak dekat. Baru-baru ini kaedah suntikan racun diperkenalkan.

Kesalahan Sun Weiming adalah menyebabkan kematian empat orang ketika memandu dalam keadaan mabuk. Hanya ganti rugi dan pengampunan daripada keluarga mangsa boleh menyelamatkan nyawa beliau. Se perempat daripada 265,000 kemalangan jalan raya di Negeri China sepanjang tahun ini disebabkan oleh pemandu mabuk.


Malaysia lebih kecil daripada negeri China dan sama ada mabuk atau tidak, purata seramai 18 pengguna jalan raya maut setiap hari. Pada tahun 2007 sebanyak 393,319 kemalangan jalan raya dilaporkan, meningkat 72.2 peratus daripada tahun sebelumnya.

Pelbagai kempen dan operasi diadakan, tetapi nampaknya tahap kecekapan memandu dan tatatertib di jalan raya tidak bertambah baik.


Yang terakhir cuba membantu menjadikan jalan raya lebih selamat ada syarikat Plus Expressway Berhad (PLUS). Ia telah melancarkan inisiatif yang diberi nama Malaysians United for Road Safety atau Mufors.

Mufors mempelawa dan menggalakkan orang ramai dan pertubuhan menjadi rakan dalam usaha ini. Untuk tujuan itu, Plus telah membuka laman web http://www.090909.org.my/ bagi membolehkan orang ramai mengambil bahagian.

Salah satu program kempen ini adalah mendapatkan seramai mungkin membuat ikrar menyokong dan menghormati Hari Keselamatan Jalan Raya pada 9 September ini.

Dijemput warga SMK KETARI mengambil bahagian didalam ikrar 090909 ini,layari laman web ini tanda sokongan anda!!



edit post

0 Reply to "Malaysians United for Road Safety"